Kenapa nombor kalkulator tak sama dengan realiti? (monsun & PSH)
Malaysia purata 4.5 jam matahari penuh sehari — tapi itu PURATA TAHUNAN. Monsun timur-laut Nov-Mac buat bulan pantai timur jana separuh dari biasa.
Disemak 18 Ogos 2026 · oleh Abg Wan, Tun Wan Solar
Kalkulator solar (termasuk kami) guna PSH — Peak Sun Hours — purata 4.5 jam sehari untuk Malaysia (angka disemak 18 Ogos 2026). Maksudnya: tenaga matahari sehari disama-ratakan seolah-olah matahari bersinar penuh 4.5 jam. Sistem 1 kWp x 4.5 PSH x efisiensi ~0.7 ≈ 3 kWh sehari. Itu anggaran TAHUNAN yang cukup jujur — tapi bulan ke bulan, angka sebenar bergerak naik turun, dan ini yang perlu anda jangka.
MONSUN TIMUR-LAUT (Nov-Mac): angin timur-laut bawa hujan lebat ke PANTAI TIMUR Semenanjung (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan bahagian tertentu Sabah. Bulan Dis-Jan di kawasan ni, langit mendung berminggu-minggu — penjanaan boleh jatuh ke separuh atau kurang dari bulan cerah. Pantai barat (KL, Pulau Pinang, Johor) terkesan jauh lebih sikit kerana Sumatera melindungi. MONSUN BARAT DAYA (Mei-Sep) pula hujan petang di barat — singkat, selepas hujan matahari balik semula.
APA MAKSUDNYA UNTUK ANDA: (1) Sistem grid-connect/ATAP — tak apa, lebihan bulan cerah menampung bulan lembap secara purata. (2) Sistem BATERI/off-grid — WAJIB sizing ikut bulan TERBURUK bukan purata, kalau tak mahu gelap bulan Disember. Kami design off-grid ikut 'hari design' konservatif sebab ni. (3) Jangan bandingkan output minggu ini dengan jangkaan tahunan — banding bulan sama tahun lepas.
Dua lagi penjejas realiti: (1) HUJAN LOKAL — petir petang KL tiap hari pun tak akan bunuh purata tahunan; (2) HAZE/jerebu — bulan jerebu tebal memang nampak penurunan jelas. Panel tak rosak dengan cuaca buruk — ia cuma jana kurang masa tu, dan pamulih sendiri bila cerah. Kalau sales janji 'output sama setiap bulan', itu bendera merah.