Simulator Solar Off-Grid

Masukkan barang + watt + jam, tekan Generate — dapat cadangan box inverter, bateri & panel solar. Belajar cara kira macam abg Wan ajar.

1. Load Barang

Beban serentak (peak)

70W

Tenaga harian

480Wh/hari

2. Nak Tahan Berapa Lama?

1 jam24 jam

Ni utk kira saiz bateri (Ah). Lagi lama nak tahan, lagi besar Ah diperlukan.

Nak offset bil TNB rumah? Kalkulator sistem hybrid →

Belajar Cara Kira

Cara Kira Total Load

Total load = jumlah beban elektrik yang barang anda guna. Ada dua nombor penting:

  • Beban serentak (peak watt) = Σ(watt × kuantiti). Ini tentukan saiz box inverter. Kalau semua barang hidup serentak, box kena cukup watt.
  • Tenaga harian (Wh/hari)= Σ(watt × jam × kuantiti). Ini tentukan saiz bateri & panel.

Contoh:

3 lampu LED 10W × 8 jam = 240Wh/hari

1 kipas 50W × 6 jam = 300Wh/hari

Total: 540Wh/hari, peak 80W

🔋Cara Pilih Bateri (Ah + Kimia)

Runtime (berapa lama tahan) bergantung pada kapasiti bateri (Ah). Formula abg Wan:

Wh = Ah × 12V

Wh boleh guna (Usable) = Wh × DoD

Runtime = Usable ÷ load (W) × 70%

DoD (Depth of Discharge) = berapa dalam boleh drain selamat. Ikut kimia bateri:

KimiaDoDKitaranHarga
Bateri kereta30%~300RM200-450
Gel solar / AGM50%~800RM550-900
LiFePO480%3000+RM800-2500

Nota Ah vs mAh: sistem solar 12V guna Ah (1 Ah = 1000 mAh). mAh biasa untuk power bank (5V). Jangan campur — voltan berbeza, tenaga berbeza.

☀️Cara Panel Solar Charge Bateri

Masa charge bergantung pada watt panel. Panel besar = charge pantas.

Masa charge = kapasiti bateri (Wh) ÷ (watt panel × 70%)

Hari charge = masa charge ÷ 4.5 (PSH Malaysia)

  • PWM controller — max 390W panel. Box biasa (X290, 1000W, 2000W Hijau).
  • MPPT controller— max 720W panel. Box Compact & 2500W Dual. Lebih efisien, sesuai nak upgrade panel besar.
  • Malaysia purata 4.5 jam cahaya matahari penuh sehari (PSH). Hujan kurang — ada 3 cara charge: solar, plug TNB, alternator kereta.

Soalan Lazim

Apa beza box MSW dan PSW?

MSW (Modified Sine Wave) utk beban ringan — lampu, charge phone, kipas kecil. PSW (Pure Sine Wave) WAJIB utk motor/compressor (peti ais, mesin basuh, aircond, periuk nasi) sebab MSW boleh rosakkan motor.

Panel solar max watt berapa?

Box PWM max 390W, box MPPT Compact max 720W. Panel kaca monokristal lebih tahan dari panel kain flexible.

Bateri jenis apa boleh guna?

Asalkan 12V — kereta, gel, AGM, LiFePO4 semua boleh. Bezanya DoD & jangka hayat. LiFePO4 paling murah long-run (3000+ kitaran vs kereta 300).

TUNONE jual set lengkap?

TUNONE jual box inverter sahaja. Bateri & panel solar pelanggan beli sendiri (bateri asalkan 12V, panel max ikut controller box).

Harga box snapshot Mar-May 2026. Anggaran sizing utk pembelajaran — saiz & harga muktamad disahkan team kami. Formula real-world ~70% efisiensi (inverter losses).