Tentang Kami
TUNONE Custom Pro Empire
Dari Custom ke Dunia Solar Tun Wan Solar tidak bermula sebagai syarikat solar yang besar. Perjalanan kami bermula daripada kerja-kerja custom berkaitan sistem kuasa, inverter, bateri dan power box di bawah TUNONE Custom Pro Empire. Dari situ, kami banyak berdepan dengan pelanggan yang mahu mencari cara membekalkan elektrik sendiri — sama ada untuk kegunaan rumah, berniaga, kecemasan atau kawasan yang sukar mendapat bekalan elektrik. Semakin banyak sistem yang kami bina dan masalah yang kami selesaikan, semakin mendalam kami belajar tentang penggunaan tenaga, bateri, inverter dan panel solar. Dari pengalaman itulah Tun Wan Solar berkembang — daripada menghasilkan sistem custom kepada membantu pelanggan merancang dan memasang sistem solar yang lebih lengkap mengikut keperluan sebenar mereka.
Kenapa laman ni kami bina
Kami sedar ramai orang berminat dengan solar, tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana. Berapa watt diperlukan? Berapa besar bateri? Berapa panel solar? Inverter apa yang sesuai? Sebab itu TunWanSolar.com dibina bukan sekadar untuk menjual. Kami mahu pelanggan boleh belajar, membuat kiraan dan memahami sistem terlebih dahulu. Prinsip kami mudah — “faham dulu, kira dulu, baru pilih sistem.”
Siapa tulis kandungan ni?
Abg Wan— pemasang solar praktikal di belakang semua kalkulator, simulator dan Solar Lab di laman ni. Kandungan disemak ikut pengalaman pemasangan sebenar di Malaysia; setiap topik bawa tarikh “Disemak” supaya anda tahu angka mana masih segar.
Kawasan liputan
Batu Kurau, Taiping, Perak (pemasangan) · Seluruh Malaysia (pos produk DIY)
Kawasan lain? Tanya kami — mana tahu boleh atur.
Projek Kami
Galeri pemasangan, statistik & testimoni pelanggan.
Tengok showcase penuh →Jom borak pasal solar rumah anda
Tanya dulu, tak commit apa-apa.
WhatsApp Kami