Pusat Belajar

Semua yang selalu ditanya di live TikTok — teori dalam Soal Jawab, praktikal dalam Video Tutorial.

kWp vs kWh — apa bezanya?Dua istilah paling penting sebelum anda tengok mana-mana quotation.

kWp (kilowatt-peak) = SAIZ sistem solar anda — berapa kuasa maksimum panel boleh jana masa matahari tengah terik. Bila sales sebut "pakej 6kWp", dia cakap pasal saiz.

kWh (kilowatt-jam) = TENAGA yang digunakan atau dijana — benda yang TNB kira dalam bil anda setiap bulan. 1 kWh = guna 1,000 watt selama sejam.

Cara mudah ingat: kWp macam saiz enjin kereta, kWh macam berapa liter minyak yang dibakar. Sistem 6kWp di Malaysia biasanya jana sekitar 500-650 kWh sebulan, bergantung cuaca dan arah bumbung.

Sebab tu kalkulator kami mula dengan bil TNB anda (kWh), lepas tu baru cadangkan saiz (kWp) yang padan.

Macam mana solar jimatkan bil TNB?Konsep asas: guna sendiri dulu, lebihan dihantar ke grid.

Siang hari, panel anda jana elektrik. Rumah guna elektrik tu DULU — setiap kWh dari panel = kWh yang anda tak perlu beli dari TNB.

Untuk sistem off-grid hybrid (speciality kami), lebihan siang disimpan dalam BATERI — malam guna balik dari bateri, dan TNB hanya jadi backup. Untuk sistem grid-tied pula, lebihan dihantar ke grid sebagai kredit bawah skim seperti NEM.

Bonus yang ramai tak sedar: tarif TNB berblok — semakin tinggi penggunaan, semakin mahal kadar per kWh. Solar potong blok yang PALING MAHAL dulu, jadi penjimatan sebenar selalunya lebih besar dari yang orang sangka.

⚠️ Nota: skim dan tarif kerajaan berubah dari semasa ke semasa. Team kami akan terangkan skim yang berkuat kuasa masa site visit — tanya je kami di WhatsApp.

On-grid, hybrid, off-grid — rumah saya sesuai yang mana?Dan kenapa kami fokus pada off-grid hybrid — sistem yang hidup walau TNB blackout.

ON-GRID: sistem sambung terus dengan TNB, tiada bateri — murah, tapi masa blackout sistem pun mati sekali, dan bergantung penuh pada skim kredit TNB.

OFF-GRID HYBRID (speciality TUNONE): panel + bateri + TNB sebagai backup. Siang guna solar, lebihan simpan dalam bateri, malam guna bateri — dan masa blackout, rumah anda MASIH ada elektrik. Sistem kami pure sine wave, boleh parallel dan expand ikut keperluan (4KVA hingga 50KVA).

OFF-GRID PENUH: langsung tak sambung TNB — untuk kebun, pondok, kawasan pedalaman. Produk DIY kami (solar generator box) pun kategori ni, versi mudah alih.

Tak pasti? Guna kalkulator kami dulu, lepas tu WhatsApp — kami cadangkan ikut keadaan rumah dan corak penggunaan anda.

Perlu ke pasang bateri sekali?Untuk off-grid hybrid: ya, dan ini cara fikir saiznya.

Untuk sistem off-grid hybrid — YA, bateri adalah jantung sistem. Ia simpan tenaga siang untuk malam, dan bagi anda backup penuh masa blackout. Bateri sistem kami datang dengan waranti 7 tahun.

Saiz bateri ikut keperluan: berapa banyak perkakas nak disokong waktu malam dan berapa lama backup diperlukan. Sebab tu harga sistem 'ikut konfigurasi' — bateri adalah komponen paling fleksibel.

Bajet rendah? Mula dengan produk DIY kami — solar generator box dari RM290, siap bateri terbina dalam. Sesuai untuk kipas, lampu, dan caj telefon.

Sistem kami boleh EXPAND — mula dengan bateri asas, tambah kemudian bila keperluan naik. Tak perlu buat semua sekaligus.

Panel tahan berapa lama? Maintenance leceh tak?25 tahun+ waranti prestasi, dan penjagaan lebih mudah dari kereta anda.

Panel solar moden mampu bertahan 25 tahun+ (selepas itu pun masih jana ~80% kapasiti). Waranti sistem kami: panel 10 tahun, bateri 7 tahun, inverter 2 tahun.

Maintenance utama cuma satu: pastikan permukaan panel bersih. Hujan Malaysia dah buat 80% kerja tu secara percuma. Cuci berkala (1-2 kali setahun) hanya perlu kalau kawasan berdebu tinggi atau banyak tahi burung.

Sistem juga ada monitoring melalui app inverter — anda boleh tengok penjanaan harian dari telefon. Kalau ada kejanggalan, nampak terus.

Yang penting: pastikan pemasang guna kontraktor bertauliah dan kerja pendawaian kemas — sebab tu waranti kerja (workmanship) kami penting. Detail waranti ada di halaman Pakej.

Mitos solar yang ramai masih percayaHari mendung tak jana langsung? Bumbung bocor? Jom betulkan.

MITOS 1 — "Hari mendung/hujan, panel tak jana langsung." Salah. Penjanaan berkurang (mungkin 10-40% dari biasa), tapi tak pernah sifar waktu siang. Kiraan payback kami dah ambil kira purata cuaca setahun.

MITOS 2 — "Pasang panel nanti bumbung bocor." Pemasangan yang betul guna sistem mounting dan flashing khas — tak bocor. Sebab tu penting pilih installer yang bagi waranti kerja, bukan yang paling murah semata-mata.

MITOS 3 — "Lepas pasang solar, bil terus RM0." Jarang — waktu malam anda masih guna grid, dan ada caj minimum. Realistiknya bil turun 70-95% ikut saiz sistem. Kalkulator kami tunjuk anggaran jujur, bukan janji kosong.

MITOS 4 — "Solar hanya untuk orang kaya." Zaman dah berubah — harga sistem dah turun banyak berbanding 10 tahun lepas, dan untuk bil RM300+, bayaran balik modal selalunya lebih cepat dari yang disangka. Kira sendiri dalam app ni, percuma.

Soalan lazim: harga & balik modal"Berapa semua ni?" — soalan paling popular di live TikTok kami.

Harga sistem bergantung pada saiz (kWp), jenis inverter, keadaan bumbung dan pendawaian rumah anda. Sebab tu harga tepat hanya boleh diberi selepas site visit — sesiapa yang bagi harga muktamad tanpa tengok rumah anda, hati-hati.

Balik modal (payback) = harga sistem ÷ penjimatan setahun. Untuk rumah berbil RM300-600, payback biasanya dalam lingkungan 4-7 tahun — lepas tu 18+ tahun seterusnya adalah penjimatan bersih.

Cara paling cepat dapat gambaran: guna Kalkulator kami. Masukkan bil, dapat anggaran saiz, harga pakej, penjimatan dan payback — semua dalam 30 saat, tak perlu bagi nombor telefon pun.

Dah buat kiraan? Tekan butang WhatsApp dalam hasil kiraan tu — kami sambung dari situ dengan site visit percuma.

Kandungan dikemaskini 2026-07-10 · tutorial 2026-07-10. Skim & tarif semasa akan disahkan oleh team kami semasa site visit.