Pusat Belajar / Glosari

Glosari Solar

Istilah teknikal solar yang komuniti Malaysia guna rojak — BM + EN dalam satu tempat. Cari, tapis ikut kategori, klik untuk topik penuh.

kWp
· kilowatt-peak (kuasa puncak panel)Asas & Unit
Kuasa maksimum panel di keadaan ujian standard (STC). kWp ialah 'saiz' panel — 2 panel 550Wp = 1.1 kWp. Bukan janji output harian; itu kira ikut PSH. Baca topik penuh →
kWh
· kilowatt-jam (tenaga sebenar)Asas & Unit
Tenaga yang benar-benar digunakan atau dijana — apa yang TNB kira dalam bil. 1 kW beban selama 1 jam = 1 kWh. Panel jana kWh, bukan kW. Baca topik penuh →
PSH
· Peak Sun Hours (jam matahari puncak)Asas & Unit
Bilangan jam 'matahari penuh' sehari — purata Malaysia 4.5 jam/sehari (angka kanonik laman ni). 1 kWp × 4.5 PSH ≈ 4.5 kWh/sehari teori, sebelum kerugian sistem. Baca topik penuh →
Voc
· voltan litar-buka (open-circuit voltage)Panel
Voltan tertinggi panel bila tiada beban — ukur pada terminal pagi tanpa beban. WAJIB semak: Voc string sejuk tak boleh melebihi had input controller. Ini punca #1 controller terbakar. Baca topik penuh →
Vmp
· voltan titik kuasa maksimumPanel
Voltan panel bila beroperasi pada kuasa maksimum (dekat dgn Voc). Vmp dan Voc mesti padan dgn tingkap input controller — mismatch = kerugian besar. Baca topik penuh →
Imp
· arus titik kuasa maksimumPanel
Arus panel semasa beroperasi pada kuasa maksimum. Panel berimpedans berbeza dalam string sama = arus ikut yang terendah (mismatch kerugian). Baca topik penuh →
Isc
· arus litar-pendek (short-circuit current)Panel
Arus maksimum panel bila terminal dipendekkan — asas kira saiz fius dan wayar. Wayar DC solar mesti rating lebih tinggi drpd Isc array. Baca topik penuh →
String
· string (panel bersiri)Panel
Panel disambung bersiri — voltan tambah, arus kekal. 5 panel 50Voc bersiri = 250Voc string. Voltan string tinggi = wayar lebih kecil, tapi mesti bawah had controller. Baca topik penuh →
Parallel
· sambungan selari (parallel)Panel
String disambung selari — arus tambah, voltan kekal. Panel selari WAJIB spec sama (Voc/Imp); bank bateri campur kapasiti = bank lemah tarik bank kuat. Baca topik penuh →
Monocrystalline
· panel mono (hablur tunggal)Panel
Sel dipotong drpd hablur silikon tunggal — efisiensi lebih tinggi (19-22%), lebih mahal, lebih baik bila ruang bumbung terhad. Pilihan utama Malaysia sekarang. Baca topik penuh →
Tilt
· sudut kecondongan (tilt angle)Panel
Sudut panel drpd mendatar. Malaysia di khatulistiwa — tilt 10-15° menghadap selatan cukup: kira-kira imbang output tahunan + hujan boleh basuh habuk sendiri (fitrah pembersihan). Baca topik penuh →
Temperature coefficient
· pekali suhu (derating panas)Panel
Output panel turun bila panas — biasanya -0.35%/°C melebihi 25°C sel. Sel 60°C = output turun ~12%. Sebab bumbung Malaysia panas, angin dan gap belakang panel penting. Baca topik penuh →
PWM
· kawal PWM (pulse-width modulation)Controller
Controller murah — 'potong' voltan panel ke voltan bateri, lebihan dibuang. Sesuai panel kecil 12/24V dgn Vmp hampir voltan bateri. Bukan untuk panel besar 400Wp+. Baca topik penuh →
MPPT
· kawal MPPT (maximum power point tracking)Controller
Controller pintar — sentiasa cari titik kuasa maksimum panel dan tukar voltan lebihan kepada arus tambahan. Panel 100Wp dgn MPPT boleh masuk 95%+; PWM mungkin 70%. WAJIB utk sistem serius. Baca topik penuh →
Ah
· ampere-jam (kapasiti bateri)Bateri
Kapasiti bateri — 100Ah pada 12V = 1.28 kWh tenaga penuh. Bateri 24V 100Ah = 2.56 kWh (voltan × ampere-jam ÷ 1000). Baca topik penuh →
SOC
· State of Charge (peringkat cas)Bateri
Berapa penuh bateri sekarang — 100% SOC penuh, 20% SOC hampir kosong. BMS monitor SOC; jangan percaya 100% — semak dgn meter sebenar untuk sistem kritikal. Baca topik penuh →
DoD
· Depth of Discharge (kedalaman discas)Bateri
Berapa banyak bateri boleh ditarik selamat. Lead-acid sihat pada 50% DoD; LiFePO4 tahan 80-100% DoD. Bateri 'usable' = kapasiti × DoD — 100Ah lead-acid hanya 50Ah berguna. Baca topik penuh →
BMS
· Battery Management SystemBateri
Otak bateri lithium — kawal balik sel, potong arus bila bahaya, seimbang voltan antara sel. WAJIB untuk lithium; bateri lithium tanpa BMS = risiko kebakaran sebenar. Baca topik penuh →
LiFePO4
· lithium iron phosphate (LFP)Bateri
Kimia lithium paling selamat dan popular utk solar — 3000-6000 kitaran, 80%+ DoD, tak ada hydrogen. Lebih mahal di depan, jauh lebih murah per-kitaran drpd lead-acid. Baca topik penuh →
Lead-acid
· bateri asid plumbatBateri
Bateri klasik — murah di depan tapi 50% DoD sahaja, 300-500 kitaran, dan cas terlalu penuh lepas hydrogen (letup). Masih OK utk kereta/UPS, kurang sesuai rumah solar harian. Baca topik penuh →
Cycle life
· hayat kitaran (cycle life)Bateri
Berapa kali bateri boleh cas-discas sebelum kapasiti jatuh ke ~80%. Kira kos sebenar: harga ÷ (kWh × kitaran). LFP hampir selalu menang lawan lead-acid. Baca topik penuh →
C-rate
· kadar-C (C-rating)Bateri
Kelajuan cas/discas relatif kapasiti — 0.5C pada 100Ah = 50A. Discas tinggi panaskan bateri; lead-acid mampu 0.2C sahaja, LFP biasanya 1C selamat dgn BMS. Baca topik penuh →
PSW
· Pure Sine Wave (gelombang sinus tulen)Inverter
Output inverter yang sama bentuk dgn elektrik TNB — semua alat selamat termasuk motor fridge, mesin basuh, elektronik sensitif. WAJIB untuk rumah; murah-murah tak berbaloi. Baca topik penuh →
MSW
· Modified Sine Wave (gelombang ubah suai)Inverter
Output 'kotak' murah — alat mudah (lampu, kipas) hidup tapi motor dan elektronik panas/bunyi, sesetengah rosak. Jangan guna utk fridge atau aircond. Baca topik penuh →
Hybrid inverter
· inverter hibridInverter
Inverter + charger + MPPT dalam satu kotak — urus panel, bateri, grid dan beban serentak. Jantung sistem hibrid rumah; mudah tapi kalau rosak semua turun sama-sama. Baca topik penuh →
Surge rating
· rating lonjakan (surge)Inverter
Kuasa ekstra inverter boleh tahan beberapa saat — motor fridge/pam melonjak 3-7× kuasa tulen semasa hidup. Inverter 1kW dgn surge 2× boleh gagal hidupkan fridge besar. Baca topik penuh →
Idle draw
· guna sendiri (idle consumption)Inverter
Kuasa inverter makan sendiri walaupun tiada beban — biasanya 10-30W. 24 jam sehari = 0.24-0.72 kWh dibazir. Off-grid kecil: matikan inverter bila tak guna. Baca topik penuh →
Fuse
· fius DCLitar & Keselamatan
Sacrificial kawal arus lebih — WAJIB berasingan setiap sumber (panel string, bateri bank). Fius DC mungkin khusus: arus DC tak padam sendiri (tiada zero-crossing). Baca topik penuh →
MCB / Breaker
· pemutus litar (circuit breaker)Litar & Keselamatan
Suis pelindung boleh reset — potong litar bila arus lebih. Untk DC solar WAJIB rating DC (MCB AC rosak/lekah pada DC). Guna sebagai suis disko juga. Baca topik penuh →
SPD
· Surge Protection Device (pelindung lonjakan)Litar & Keselamatan
Peranti 'kurung' kilat dan lonjakan ke bumi sebelum sampai controller/inverter. Malaysia ~40 kilat/km²/tahun — SPD di sisi panel DAN sisi bateri/inverter, bukan pilihan. Baca topik penuh →
Earthing
· pembumian (earthing/grounding)Litar & Keselamatan
Sambungan logam pemasangan ke earth rod di tanah — laluan selamat arus salah dan kilat. Sasaran rintangan rendah (amalan ≤5 ohm ikut MS IEC 62305); WAJIB oleh wireman berdaftar. Baca topik penuh →
Series vs Parallel
· siri lawan selariLitar & Keselamatan
Dua cara sambung. Siri: voltan tambah, arus kekal. Selari: arus tambah, voltan kekal. Bateri selari WAJIB kapasiti sama; panel siri WAJIB current rating sama. Baca topik penuh →
On-grid
· grid-tied (sambung grid)Grid & Tarif
Sistem solar tanpa bateri — jana siang, lebihan jual balik, malam beli TNB. Paling murah per kWh dijimatkan tapi blackout = solar turun (safety supaya tak elektrik kan kabel TNB). Baca topik penuh →
NEM
· Net Energy MeteringGrid & Tarif
Skim lama (NEM 3.0 TAMAT 30 Jun 2025) — eksport solar dipadam 1:1 lawan import. Digantikan Solar ATAP mulai 1 Jan 2026 dgn mekanisme kredit berbeza. Baca topik penuh →
Solar ATAP
· program solar bumbung (atap)Grid & Tarif
Pengganti NEM efektif 1 Jan 2026 (GP/ST/No. 60/2025) — kredit eksport dihad MAQ (kWac × 5 jam × tempoh bil), bulan-sahaja tanpa roll-over, domestik dikira ikut Energy Charge. Baca topik penuh →
MAQ
· Monthly Allowable Quantity (had eksport bulanan)Grid & Tarif
Had kredit eksport Solar ATAP = kWac sistem × 5 jam × hari tempoh bil. Eksport melebihi MAQ tak dibayar — sizing cekap penting supaya tak jana lebih drpd MAQ. Baca topik penuh →
SelCo
· Self-ConsumptionGrid & Tarif
Mod solar guna sendiri 100% tanpa jual balik — pilihan lepas ATAP; non-standalone ≤85% MD, stand-alone tiada had kuasa. Sesuai premis yang guna siang banyak. Baca topik penuh →
ToU
· Time of Use (tarif ikut waktu)Grid & Tarif
Tarif berbeza ikut waktu guna — puncak mahal, luar puncak murah. Pelan komersial tertentu; rumah biasa RP4 flat. Solar + bateri + ToU = strategi shift beban. Baca topik penuh →
AFA
· Automatic Fuel AdjustmentGrid & Tarif
Caj penyesuaian bahan api dalam bil TNB — berubah bulanan ikut harga arang/gas. RP4 Julai 2025: AFA DIKECUALIKAN (RM0) utk domestik, terkunci hingga Dis 2027. Baca topik penuh →
KWTBB
· Kumpulan Wang Tenaga Boleh BaharuGrid & Tarif
Caj 1.6% dikenakan pada bil bila penggunaan melebihi 300 kWh/sebulan — dana utk tenaga boleh baharu. Kecil tapi masuk kiraan penjimatan solar. Baca topik penuh →
RP4
· Tarif RP4 (Regulatory Period 4)Grid & Tarif
Tarif semasa berkuat kuasa 1 Julai 2025 — Caj Tenaga 27.03 sen (≤1500 kWh)/37.03 sen + Kapasiti 4.55 + Rangkaian 12.85 sen ≈ 44.4 sen/kWh, terkunci hingga Dis 2027. Baca topik penuh →
SEDA
· Sustainable Energy Development AuthorityPolisi & Undang-undang
Pihak berkuasa pembangunan tenaga mampan Malaysia — pentadbir portal eATAP (permohonan Solar ATAP) & program tenaga boleh baharu. Semak status program semasa di laman SEDA sebelum pasang. Baca topik penuh →
RPVSP
· Registered Photovoltaic Service ProviderPolisi & Undang-undang
Syarikat berdaftar dgn SEDA utk pasang solar PV sambung grid (termasuk ATAP). WAJIB utk kerja grid-tied — pastikan kontraktor ada pendaftaran sah. Baca topik penuh →
Competent Person
· Orang Berkompeten (Akta 447)Polisi & Undang-undang
Pegawai elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga bawah Akta 447 — WAJIB lakukan sambungan DB/distribution board. DIY plug-and-play OK, tapi sambungan ke DB rumah mesti CP. Baca topik penuh →
CCC
· Certificate of Completion and CompliancePolisi & Undang-undang
Sijil bangunan siap & patuh — ATAP rumah perlukan CCC dengan bayaran RM1,000 utk sistem 5kW (1-fasa) / 15kW (3-fasa) had kuasa. Baca topik penuh →
Multimeter
· meter pelbagaiAsas & Unit
Alat ukur Voc (DC Volt) dan Isc (DC Amp) panel solar — alat diagnosis paling murah & paling berguna untuk owner. Probe WAJIB di soket betul: V untuk voltan, A untuk arus. Baca topik penuh →
Hotspot
· titik panas panelPanel
Petak sel panel yang lebih gelap/panas daripada jiran — sel rosak 'makan' output jiran. Bukan sekadar kuasa turun: risiko api. Panel hotspot mesti ditukar. Baca topik penuh →
Degradation
· kemerosotan tahunan panelPanel
Panel moden hilang ~0.5% output setahun (25 tahun = ~87-88% asal). GRADUAL — turun mendadak >10% bermakna masalah lain (shading baharu, kerosakan), bukan degrade. Baca topik penuh →
Balancing
· penyeimbangan selBateri
Proses BMS menyamakan cas antara sel dalam bank siri — sel penuh awal 'dibocorkan' sikit supaya semua sampai penuh bersama. Tanda gagal: bateri 'penuh' tapi cepat kosong. Baca topik penuh →
Roof Hook
· cangkuk atap gentingPanel
Bracket keluli dipatok ke rafter di bawah genting — rail mounting panel dipatok ke hook. WAJIB pada rafter (ketuk: bunyi kosong = papan). Baca topik penuh →
Wind Uplift
· angkatan anginPanel
Perbezaan tekanan angin atas-bawah panel yang MENGANGKAT panel macam sayap — musuh sebenar pemasangan atap; rating beban angin + jarak clamp ikut spec. Baca topik penuh →
MCB
· pemutus litar mikroLitar & Keselamatan
Miniature Circuit Breaker di DB — pemutus automatik ikut arus. MCB solar rating ikut output inverter (4kW 1-fasa ≈ 17A → MCB 20A). Baca topik penuh →
Changeover Switch
· suis tukar sumberLitar & Keselamatan
Suis menukar sumber DB rumah antara grid TNB dan inverter — manual (tuas TNB-OFF-SOLAR) atau automatik (ATS dalam inverter hybrid, <10 saat). Elak dua sumber bercampur (backfeed). Baca topik penuh →
EER (Energy Efficiency Ratio)
· Nisbah Kecekapan Tenagabeban
BTU sejukan ÷ watt elektrik. Semakin tinggi, semakin cekap. Aircond 12,000 BTU EER 9 = 1,333W; EER 12.5 = 960W — beza besar dalam bil bulanan. Baca topik penuh →
Inverter Compressor
· Mampat Pemeralu Inverterbeban
Compressor aircond yang laraskan kelajuan berterusan (0%-100% lancar) berbanding non-inverter yang hanya ON/OFF penuh. Surge mula hampir sifar dan penggunaan 30-50% lebih rendah. Baca topik penuh →
SESB
· Sabah Electricity Sdn BhdPolisi & Undang-undang
Pembekal elektrik Sabah dan Labuan — entiti berasingan dari TNB dgn grid, tarif dan skim solar bumbung sendiri. Permohonan solar Sabah melalui saluran SESB. Baca topik penuh →
NPV (Net Present Value)
· Nilai Kini BersihPolisi & Undang-undang
Jumlah semua cashflow projek (harga sistem sebagai negatif, penjimatan tahunan sebagai positif) didiskaunkan pada kadar tertentu. NPV positif = pelaburan mengatasi kadar diskaun itu. Baca topik penuh →
IRR (Internal Rate of Return)
· Kadar Pulangan DalamanPolisi & Undang-undang
Kadar diskaun yang menjadikan NPV = sifar. IRR 12% bermaksud sistem 'membayar' 12% setahun — boleh dibandingkan terus dengan FD atau unit amanah. Petunjuk sihat rumah MY: 8-15% dalam 25 tahun. Baca topik penuh →
PPA (Power Purchase Agreement)
· Perjanjian Pembelian ElektrikPolisi & Undang-undang
Skim leasing solar: vendor memiliki sistem, pelanggan beli elektrik pada kadar diskaun. Sifar modal awal tapi ROI jangka panjang lebih rendah — baca syarat keluar awal dengan teliti. Baca topik penuh →
RCD
· Pemutus Litar Baki (Residual Current Device)Litar & Keselamatan
Peranti keselamatan yang MEMBANDINGKAN arus masuk vs keluar — kalau ada beza (bermaksud arus bocor ke mana-mana, termasuk melalui badan manusia), ia potong bekalan dalam milisaat. Wajib pada litar palam rumah; kesilapan bumi bahagian AC boleh buat ia ter.trip kerap — atau lebih bahaya, tak berfungsi bila diperlukan. Baca topik penuh →
RCBO
· Gabungan MCB + RCD dalam satu perantiLitar & Keselamatan
MCB (lindung beban lampau) dan RCD (lindung arus bocor) digabung dalam satu unit — jimat ruang DB. Sesuai litar yang perlukan kedua-dua lindungan tanpa dua slot berasingan. Baca topik penuh →
DB Utama
· Papan Agihan Utama (Distribution Board)Litar & Keselamatan
Papan agihan pertama selepas meter TNB — tempat fius/MCB utama rumah dan titik rujukan semua litar. Pada sistem on-grid, output inverter disambung melalui MCB khusus solar di sini (atau DB baharu berasingan). Baca topik penuh →
Sub-DB
· Papan Agihan Kecil (Sub-board)Litar & Keselamatan
Papan agihan kedua dipasang daripada DB utama — dipisah oleh MCB/cable sendiri. Corak 'partial backup' guna sub-DB untuk kumpulkan beban kritikal (cahaya, router, peti sejuk) yang nak di-backup bateri, berasingan drpd beban besar macam aircond yang tak perlu backup. Baca topik penuh →
Backfeed
· Kuasa mengalir balik ke gridLitar & Keselamatan
Bila dua sumber (grid + inverter) hidup serentak pada wayar sama — BAHAYA pada pekerja TNB dan boleh bakar inverter. Sebab tu changeover/ATS direka supaya sumber TIDAK BERCAMPUR: satu masa satu sumber sahaja. Baca topik penuh →
Smart Meter
· Meter digital dua arahPolisi & Undang-undang
Meter digital yang ukur beban DUA ARAH — masuk dan eksport. WAJIB untuk jual lebihan balik ke grid (Solar ATAP). Rumah masih guna meter khazanah? TNB akan tukarkannya masa proses permohonan ATAP, lazimnya percuma. Baca topik penuh →
Meter Khazanah
· Meter analog disc berpusing lamaPolisi & Undang-undang
Meter analog lama (disc berpusing) yang cuma ukur satu arah — tak dapat rekod eksport. Kalau nak sertai Solar ATAP, meter ni akan diganti smart meter semasa proses permohonan. Baca topik penuh →
Rebat EEI
· Insentif Kecekapan Tenaga (berjalur)Polisi & Undang-undang
Rebat berjalur atas SEMUA kWh bila jumlah bulanan rendah: ≤200 kWh dapat 25 sen/kWh (hampir hapuskan caj tenaga), ≤400 kWh 17 sen, ≤600 kWh 9 sen, sifar pada 1,000 kWh. Kerajaan bayar anda guna kurang — kebalikan 'dinding hantu' 600 kWh. Baca topik penuh →
Dinding 600 kWh
· Ambang SST + caj runcit + rebat mula hilangPolisi & Undang-undang
Melebihi 600 kWh sebulan → tiga benda serentak: Caj Runcit RM10 dikenakan, SST 8% pada kWh melebihi 600, dan rebat EEI mula hilang. Turun sedikit je bawah sempadan = bil jatuh lebih drpd proporsyen. Baca topik penuh →
THWN
· Wayar tahan suhu solarLitar & Keselamatan
Kod insulasi wayar yang tahan suhu & lembapan — lazimnya WAJIB untuk litar solar (cth THWN-2) berbanding wayar PVC biasa, sebab wayar solar terdedah haba panel & bumbung. Saiz (mm²) ikut arus + jarak; rujuk Solar Lab utk kiraan. Baca topik penuh →
Jumper Siri
· Kabel penyambung bateri dalam siriBateri
Kabel pendek yang sambungkan terminal +/− antara bateri dlm string siri (12V+12V=24V). Mesti rating arus penuh sistem dan diketatkan betul — jumper longgar = rintangan panas = titik gagal klasik bank bateri. Baca topik penuh →
Cutoff Suhu
· Had suhu perlindungan bateriBateri
Suhu di mana BMS hentikan cas/nyahcas utk lindung sel (LiFePO4 lazimnya ~45°C ±5, ikut datasheet). Bateri panas (atas bumbung/tanpa pengudaraan) akan 'berhenti kerja' sebab cutoff — bukan rosak, tapi sistem kehilangan kuasa. Tanda balancing gagal: satu sel sentiasa sampai cutoff dulu. Baca topik penuh →
Ujian Voltan Terbuka
· Ujian Voc (open-circuit)Asas & Unit
Ukur voltan panel TANPA beban (wayar tergantung) — nilainya patut dekat Voc rating panel. Jauh lebih rendah = panel bermasalah/terlindung. INGAT: Voc bila SEJUK lebih tinggi daripada label (kira-kira ×1.015 di Malaysia) — enjin Solar Lab kira VocCold sebenar sistem anda. Baca topik penuh →

72 istilah · Disemak 2026-08-18 · oleh Abg Wan, Tun Wan Solar. Istilah tertinggal? Tanya AI — kami tambah yang berguna.