Cara baca bil TNB anda — dan di mana solar boleh potong

Anatomi bil RP4 (berkuat kuasa 1 Julai 2025): Caj Tenaga, Kapasiti, Rangkaian, Runcit, EEI, KWTBB, SST. Lepas ni tengok bil sendiri terus faham.

Disemak 18 Ogos 2026 · oleh Abg Wan, Tun Wan Solar

Bil TNB rumah bukan satu nombor — ia gabungan 7 komponen (Struktur RP4 efektif 1 Julai 2025, disemak 18 Ogos 2026). Faham struktur ni dan anda akan nampak dengan jelas bahagian mana yang solar boleh potong, dan bahagian mana yang TAK BOLEH walau berapa kerat panel anda. Struktur di bawah ialah tarif RP4 berkuat kuasa 1 Julai 2025 (terkunci hingga Dis 2027).

TIGA CAJ SEJUMLAH KWH: Caj Tenaga 27.03 sen/kWh untuk 1,500 kWh pertama sebulan (37.03 sen melebihi itu) + Caj Kapasiti 4.55 sen/kWh + Caj Rangkaian 12.85 sen/kWh. Campur terus: setiap kWh yang anda guna dikenakan kira-kira 44.4 sen. Inilah bahagian BESAR bil — dan inilah yang solar terus kurangkan, unit demi unit.

REBAT EEI — BONUS GUNA KURANG: Insentif Kecekapan Tenaga beri rebat berjalur pada SEMUA kWh bila jumlah penggunaan bulanan jatuh dalam jalur rendah — contoh: ≤200 kWh dapat rebat 25 sen/kWh (hampir hapuskan caj tenaga!), ≤400 kWh 17 sen, ≤600 kWh 9 sen, beransur turun ke sifar pada 1,000 kWh. Semakin rendah jumlah penggunaan, semakin tinggi kadar rebat — kerajaan benar-benar bayar anda guna kurang. Untuk pengguna solar: bila panel turunkan penggunaan grid anda ke jalur rendah, rebat EEI menyertai jimat tenaga pada masa yang sama — jimat berlapis.

TIGA PERKARA KECIL YANG PERLU TAHU: (1) Caj Runcit RM10/bulan — DIKECUALIKAN bila penggunaan ≤600 kWh; jadi rumah 550 kWh tak bayar runcit tapi rumah 650 kWh kena RM10 penuh. (2) KWTBB 1.6% dikenakan bila melebihi 300 kWh — dana tenaga boleh baharu. (3) SST 8% — tapi bukan 8% atas semua: hanya pada kos bahagian penggunaan MELEBIHI 600 kWh sahaja. Ada juga AFA (pelarasan bahan api) yang berubah bulanan — kecil, kadang positif kadang negatif.

KESIMPULAN SOLAR: komponen sejumlak-kWh (Tenaga+Kapasiti+Rangkaian ~44.4 sen) ialah 90%+ bil kebanyakan rumah — setiap kWh yang panel jana dan anda guna sendiri adalah unit yang tak perlu beli pada harga itu. Lepas itu, bila jumlah penggunaan grid turun, rebat EEI + pengecualian runcit + lari dari SST menyusul sebagai bonus berlapis. Cuba kalkulator kami — ia dah pakai struktur penuh ni (bukan kadar purata murah yang buat anggaran nampak cantik je).

Topik berkaitan